Thursday, February 19, 2009

Maksud yang sama??

Semalam malam Maisarah tanya pada mama tentang maksud beberapa perumpamaan Bahasa Melayu, antaranya yang buat mama agak keliru sket.....

1) Tak dapat rotan akar pun berguna

2) Dah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi...

Yang pertama tu mama kata sudah tentulah kalu kita hendakan satu barang tapi setelah penat dicari dapat jugak barang lain yang hampir serupa dengan yang dihajatkan tadi:
Contoh ayat:
Sarah tidak perlu membeli buku log baru untuk Persatuan Puteri Islam kerana dia masih boleh menggunakan buku log kepunyaan kakaknya yang masih banyak lagi ruang muka surat yang kosong.


Yang kedua tu ibarat seseorang memperoleh satu benda yang kini lebih baik nilainya dari yang terdahulu:-
Contoh ayat:
Apabila ayah menghadiahkan basikal yang baru kepada Sarah, beliau tidak lagi memerlukan basikal yang dahulu yang sudahpun kecil untuknya.

Tapi selepas tu sebelum menutup mata, mama teringat kedua-dua peribahasa di atas kalu diteliti atau di amati betul-betul. Iaitu kedua-duanya menggunakan 2 objek, yang baru dan lama samada yang kurang elok atau lebih elok...

Hi..entahlah....fikiran mama pun melayang.....macam-macam...hendak ditulis di sini nanti karang panjang berjela pulak rajuk mama pada ayah...

Merajuk pada yang sayang...tapi kalu dah tua-tua macam ni..merajuk pun orang dah tak perasan dah..atau mungkin sudah selalu sangat merajuk...orang dah tak terlayan...

Sesungguhnya rezeki , ajal, maut dan segalanya adalah ketentuan Ilahi..bersyukur...bersyukur....life is much more than just thinking about one's own feelings....problem must be countered with a solution.... and the other person is worth more than you might ever think of...komunikasi biar jelas..biar jelas...biar jelas..

Dan seperti biasa..kalu rase macam tak best aje..mama akan buka radio...untuk tenang2kan diri..tetiba keluar lak lagu kegemaran mama ni:-


Mengapa dirindu - Uji Rashid

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati


Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

1 comment:

Suria Klang said...

Eta,

Lamanya tak jumpa...How did you find me? Dok mana la ni? Hw to contact u? Fb je ke???? Tinggalkan hp no kat fb leh x? Boleh kita sembang...

Hey...I got my baby boy at the age of 39. He's 5 years now. AKak dah 20, Abang 17, another Abang 15. Seronok kan ada anak kecik???? U can see thier faces in my blog. www.mahasuriaidris.blogspot.com

Popular post

My once most creative attempt!

My once most creative attempt!