10 tips kepada anak muda yang menghantar permohonan kerja: (1) Alamatkan surat kepada seseorang dengan alamat lengkap. Tak cukup setakat, "To whom it may concern." (2) Usah gunakan surat yang sama untuk semua permohonan kerja. Tulis surat khusus untuk sesebuah organisasi; gunakan ayat pemujukan (persuasive). (3) Surat permohonan (cover letter) dan resume harus mampu menonjolkan kesesuaian anda dengan jawatan yang dipohon. (4) Lampirkan gambar yang menampilkan imej profesional (untuk jawatan eksekutif dan ke atas). (5). Elak menggunakan "tulisan dan bahasa SMS" sama ada dalam resume atau surat permohonan. (6) Letakkan nama pensyarah universiti atau majikan sebagai rujukan; bukannya kawan sebilik, atau kekasih anda. (7) Gunakan kertas putih; elakkan sama sekali kertas berwarna-warni. (8) Sekiranya anda menghantar surat melalui email, pastikan email yang anda gunakan itu memberikan imej profesional. (9) Usah tunjukkan anda terlalu desperate inginkan jawatan itu. Dan, (10) Usah telefon atau menghantar email berkali-kali bertanya mengenai status permohonan anda. Selamat mencuba!
Just a little this and that of my expressions.. Dedicated especially for my 4 angles and my little warrior.. Life is beautiful..
Showing posts with label workforce. Show all posts
Showing posts with label workforce. Show all posts
Friday, February 10, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular post
-
(I had recently got involved with the publishing of our small mosque bulletin..and before long, just a few intro, i wd like to share..we...
My once most creative attempt!
