Showing posts with label me and Mecca. Show all posts
Showing posts with label me and Mecca. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

Lambaian Kaabah

Sebelum terlambat..ingin saya titipkan di sini rase terharu dan ingatan abadi terhadap rakan2 dan saudara mara yang akan menjadi tetamu Allah pada tahun ni....( Posting ini agak lewat..kerana Aidul Adha sudahpun berlalu..dan barangkali semasa saya menulis ini ade rakan2 yang telah pun pulang ke tanah air..)..

Sewaktu didaftarkan..saya kira perasaan segan menyelubungi teratak hati..mengingatkan diri sendiri..apekah layak aku ini?...mampukah aku?..Beserta dengan keadaan ekonomi yang masih lagi jauh untukmembolehkan aku menjadi tetamuNya..

Tetapi ramai yang berkata..kita harus berdoa..terus berdoa..kerana menjadi tetamu Allah itu adalah sebahagian rahmatNya..apetah lagi solat di masjid Nabawi dan Masjidil haram saje..dijanjikan pahala yang jauh berlipat ganda jika solat sendirian di rumah..jesturu....mari kawan2..kita bermunajat...berdoa dan berusaha..mana tahu...tahun depan giliran kita dijemput ke sana / semula..

Saya tahu ade beberapa rakan satu sekolah dulu sedang menghitung hari..dan sekembalinya mereka dari tanah suci..apekah 'ole'ole' yang akan di bawa kepada masyarakat islam tanah air khususnya...

Beberapa gambar kenangan semasa menghadiri jamuan doa selamat salah satu rakan yg akan berangkat menunaikan haji tahun 2010:-
Nita's Mum, me, Nita ,Anne
Yus, Reha,Nita,Moi, Liz,Awin
Yus, Liz,Neng,Reha, Awin & Moi










Dan tatkala pulang selepas menziarah rakan2..penghayatan mengimbau kembali saat2 bersama arwah bonda ketika menunakan umrah lewat 2007..satu kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan...sungguh..segala kekuatan itu hanyalah milikNya..bayangkan pergi berdua (menumpang muhrim seorang doktor)..dan kesana kemari, mengusung kerusi roda..tanpa kudrat muhrim sendiri..payah dan jerih..tetapi berbaloi..kerana hasrat seorang ibu yang derita kanser usus...dpt dilangsaikan...itulah permintaannya yang terakhir..semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...Dan alhamdulillah..utk aarwah ayahanda..umrahnya telah selamat ditunaikan oleh saudara kandungku sendiri...Alah sahaja yang dapat membalasnya!

Kenangan lama bersama arwah bonda di depan masjid Nabawi 2007:-

Bersama Bonda Dec 1997 ( Meninggal pada 28 Jan 1998 : beberapa minggu sekembali dari tanah suci)


Bersama bonda Aug 1992 ( semasa beliau masih sihat!)
Bersama Arwah ayahanda  7 Dec 2002 (ayah pergi pada 15 dec 2002)

1997 Last raya together : Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menerangi kubur mereka sehingga hari kiamat. Ya Tuhanku..jadikanlah aku anak yang soleh..agar doaku sampai di perbaringan mereka..

Kali ini..mudah2an Allah akan makbulkan doa kami...tidak tahu bila..tapi insya'Allah..

Popular post

My once most creative attempt!

My once most creative attempt!