Showing posts with label interview. Show all posts
Showing posts with label interview. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Tips cari kerja untuk anak muda

‎10 tips kepada anak muda yang menghantar permohonan kerja: (1) Alamatkan surat kepada seseorang dengan alamat lengkap. Tak cukup setakat, "To whom it may concern." (2) Usah gunakan surat yang sama untuk semua permohonan kerja. Tulis surat khusus untuk sesebuah organisasi; gunakan ayat pemujukan (persuasive). (3) Surat permohonan (cover letter) dan resume harus mampu menonjolkan kesesuaian anda dengan jawatan yang dipohon. (4) Lampirkan gambar yang menampilkan imej profesional (untuk jawatan eksekutif dan ke atas). (5). Elak menggunakan "tulisan dan bahasa SMS" sama ada dalam resume atau surat permohonan. (6) Letakkan nama pensyarah universiti atau majikan sebagai rujukan; bukannya kawan sebilik, atau kekasih anda. (7) Gunakan kertas putih; elakkan sama sekali kertas berwarna-warni. (8) Sekiranya anda menghantar surat melalui email, pastikan email yang anda gunakan itu memberikan imej profesional. (9) Usah tunjukkan anda terlalu desperate inginkan jawatan itu. Dan, (10) Usah telefon atau menghantar email berkali-kali bertanya mengenai status permohonan anda. Selamat mencuba!

Popular post

My once most creative attempt!

My once most creative attempt!