Albaqarah 155-157:
“dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna..."
Kejadian rompakan berparang di rumah kami Sabtu 24/9
Kami semua di tingkat atas (kecuali sikecil yang tidur di ruang tamu)..apabila teriakan takbir "Allah AKbar" suami bergema di ruang tamu mengejukan kami di atas.(Disaat itu rupanya kepala suami telahpun ditetak.)Saya yang pada awalnya hanya mahu berbaring sebentar selepas bersahur awal , solat subuh.( sebelum itu saya ada beritahu pd suami yg saya akan turun jika suami hendak mengambil anak semula dr tuisyen)..merasakan mmg ade yang tidak kena di tingkat bawah..
SAya mundar mandir di atas, tidak keruan..berhajat ingin mengumpulkan kesemua anak di dalam satu bilik sambil tidak henti berdoa agar sang perompak tidak mengapa2kan sikecil yang sedang tidur di depan tv di ruang tamu dan berharap agar tiada yang naik ke tingkat atas..Sekelibat saya meninjau ke luar tingkap, sempat melihat suami keluar berlari sambil beberapa kali cubaan diasak/di tetak oleh perompak..Saya hanya dpt berdoa di hati " Ya ALLah, selamatkanlah Suamiku..".(.larilah suamiku sekuat hatimu.)...Saya yakin.
Sambil itu masih mendengar bebrapa lagi orang dibawah seperti menggeledah dan berkata " kejar..kejar".Mungkin tindakan suami yg bersegera ke luar rumah, menyebabkan sang perompak panik dan segera keluar mahu melarikan diri...keadaan mungkin lebih teruk..Saya panjatkan kesyukuran pada ilahi.
Saya berlari kebawah apabila pasti semua telah keluar...alhamdulillah, sikecil lena di situ..dan komputer riba suami sudahpun lesap.
Meneriak kepada anak lain agar megunci pintu .saya berlari keluar rumah..tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri yang mungkin dlm bahaya..dari kejauhan terlihat suami yang berlumuran darah meminta pertolongan..
kebetulan ada seorang makcik yg telah menyaksikan bagaimana Allah telah membantu suami berlari dgn pantas ketika mahu membelok kekanan kerumahnya..dan pada masa itu, siperompak di ats motor sempat melibas parang..melihat ade yang bersma menjerit meminta tolong, 6 perompak memecut terus (di atas 3 motor)..
Melihat suami dalam keaaan luka dan pendarahan yang banyak, hanya zikrullah yg menjadi peneman..Alhamdulillah, ada insan2 yang berhati mulia, membawa suami segera mendapat rawatan dan beberapa rakan jiran yang menemankan saya ke balai dan hospital.
Suatu perasaan yang tidak mungkin saya lupakan..tetapi saya harus redha, kerana ini peringatan dari Allah..insy'allah semuga ianya tidak menimpa rakan2 lain. sambil kita lebih berhati..
-------------------------------
ikuti tulisan asal dari suami saya di bawah ( yg apabila masuk surat kbr, lain pulak tulisannya..)
Setelah menghantar anak mengaji pada 7.30am. Saya tidak menutup pagar kerana akan mengambil anak semula pada 8.30am. Pada 8.15am kedengaran motor bising merempit mengililingi kawasan perumahan, saya tidak mensyaki apa-apa kerana menyangka mereka hendak beraya. Tetapi pada 8.20am tanpa disedari 4 org perompak remaja (20-25thn) berparang memasuki rumah, pada ketika itu saya sedang duduk melayari internet. Saya bingkas bangun, tetapi disuruh duduk. Oleh kerana saya tidak duduk, kepala saya diketuk dengan parang dan dicaj dengan electric shocker diperut, lalu saya menepis dan berlari keluar meminta pertolongan. Perompak tersebut mengejar saya dengan motor sambil melarikan diri. Kecederaan dikepala mengenai arteri mengakibatkan darah mengalir banyak tak berhenti. Alhamdulillah saya telah dibawa dengan segera ke hospital sungai buloh oleh Pengerusi Surau. Setelah dijahit kepala dan x-ray (result ok). Saya dibenarkan pulang pada 12.30pm. Penjenayah tersebut berbangsa melayu dalam linkungan 20-25 thn. Brg yg hilang komputer riba milik syarikat. Pegawai IPD Gombak datang memberitahu ada lagi 2 kes yg sama. Sebelum rumah saya 8.00am blok 6 Bdr tasik puteri dan selepas rumah saya 8.40am di kg melayu kundang/kuang. Pengajaran: Jangan biarkan pintu gate terbuka selepas keluar atau masuk. Penjenayah ini mencari rumah gate yg terbuka ... sekiranya dengar bunyi motor bising merempit terus hubungi polis.