Adakah saya terlalu letih dengan pengurusan pelbagai hal-ehwal di rumah?
Perlukah saya pada motivasi bagi peningkatan penceria warna perkahwinan?
..Dan pelbagai persoalan....
Lalu saya singgah di blog Ustaz Hasrizal dan mencari artikel yg bersesuaian...menerusi artikel beliau yang bertajuk mengurus pemikiran tentang perkahwinan.
"Bagi pasangan yang berumahtangga, setahun dua yang pertama, biasanya indah dan ditambah lagi dengan kedatangan cahaya mata penyeri rumahtangga. Tetapi apabila masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Manakala si isteri pula kerap tertekan dengan ‘warna sebenar suaminya’.Saya masih ingat kata-kata Profesor Abdullah al-Ahsan di UIA ketika mengulas tentang Romanticism, “kita selalu tidak rasional dan realistik semasa kita romantik!”. Mungkin di awal perkahwinan, romantik itu kuat mendominasi rumah tangga. Ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri pula fokus kepada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak kedua, fokus itu perlu diubah suai lagi. Semasa itulah, rumahtangga lebih didominasi oleh tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ia adalah proses biasa.
Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada tahun-tahun yang berikutnya. Selamat kerana proses itu berlaku di dalam perkahwinan, bukan di luar. Ini adalah kerana, perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. Ada hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.
Saya pasti anda yang sedang melayari bahtera perkahwinan dan membaca akan tersenyum sambil mengangguk-angguk..Saya masih belajar..anda juge..
2 comments:
menarik kak..nak jadikan panduan ni..boleh tolong diri sendiri n boleh tolong frienz
Ya, betul Titah..eh..why don't our orgn ( kat btp) ni organise sth like this..refresher course ...etc....masih belajar dear..
p/s:;sori..lmbt komen..baru tengok blog...
Post a Comment