Sunday, December 09, 2012

Satu taruhan yang hebat..buat para Huffaz.

I was recently at the airport, saying sayonara to my husband's niece...to Mesir.. unfortunately, we had to bid farewell few hours bfore her departure..cant wait that long..with k*wait airways, depart at 3 am..  so..cant really feel the emotions..especially of my niece and her mum - my sis in law...but if you read this sis S*ti R*ha..  insya'allah semuga Allah berkati usaha dan permudahkan perjalanan anakandamu...semuga berjaya sbagai Al-Huffaz..dpt menghayati setiap kalamullah...become contributor to mankind thereafter, insya'allah....

Husna & Maisarah (pink), standing side by side..barakah to each other, all the best, insya'allah.

And in a few weeks to go, my 3rd girl shall follow suit..  but she's doing it here, in Malaysia..and I shall update her story, then,..mean while, I am praying to Allah, The Almighty..for the strength and faith... to help my girl pursue her dream...  insya'allah, this time she'll be taken care by an NGO. ~
 Maahad **...Alhamdulillah..

Currently she's taking a break, after the introduction at Kem Tahfiz.
Maisarah at her recent Tahfiz Camp :Dec 2012.

As we r planning to travel east, insya'allah her journey shall commence at beginning of jan 2013..

Ya Rabb, aku memohon padamu, agar diberi petunjuk, kemudahan pada anak ku yang ini..untuk mendalami kalamullah mu..munajatku padaMu, agar Engkau izinkan anak kepada hambamu ini, menghabiskan 30 juzuk hafalan dan sekali gus khatam alquran..bantulah dia, Ya Rabb, kerana dia seorang anak yang baik...berikanlah rezeki &, kesihatan yang baik buat anakku Ya Rabb..Hanya padaMu tempat kami bergantung harap..amin..

You are the One who hears and knows all (Surah Al ‘Imran, verse 35)

And in seeking guidance, i came across this one article, and thought of sharing it, as a reference to me and my gal later on..( pls go the link..below)
motivasi buat para hufaz


Motivasi buat bakal dan para huffaz

Saya kurang pasti kiranya ini boleh dikatakan sebagai motivasi. Namun ramai yang memberi emel dengan maksud yang lebih kurang sama. Selain untuk bertanya kaedah dan petua, perkara wajib yang diminta adalah tasyji’ dan motivasi buat meneruskan perjuangan sebagai huffaz. Itulah realiti. Seorang huffaz tanpa motivasi akan menjadi lembah yang tiada air.

1. Betulkanlah niat. Andai sudah betul, jagalah niat itu. Jaga dan terus jaga. Hati manusia boleh berbolak balik dalam dua detik sahaja.

2. Jagalah adab. Adab dengan semua. Al-Quran terutamanya. Junjung dan tatang secara luaran dan dalaman. Adab dengan guru @ murabbi. Adab dengan Ibu dan ayah sendiri. Ambil berat persoalan adab. Jaga dan terus jaga.

3. Perhatikan masa dan usaha. Semua orang mempunyai 24 jam tapi tak semua orang ‘memiliki’ 24 jam. Tingkatkan usaha. Istiqamah dengan usaha ana sendiri.

4. Pelajari kaedah. Banyak tempat untuk dirujuk dan bertanya. Tanya pada yang alim , pada yang sudah berpengalaman. Terima dan praktikkan dengan penuh iltizam.

5 . Jangan hangat2 tahi ayam. Jangan sekerat jalan. Kembali kepada persoalan niat. Tekad seteguh2nya.

6. Jauhi maksiat zahir dan batin . Maksiat kecil sehinggalah maksiat besar. Duduk berseorangan pun boleh berlaku maksiat, apatah lagi ditengah kekalutan orang dan budaya. Perhatikan makna taqwa yang diumpamakan oleh seorang sahabat r.a : ” Laksana kamu berjalan di atas jalanan yang penuh dengan onak dan duri…”

7. Pegang Al-Quran sentiasa. Kucup dan junjung. Bawa dalam keadaan suci dan berwudhu’. Sayangi Al-Quran secara jujur tanpa sedikitpun unsur hipokrit. Sayangi yang zahir ( mushaf ) dan sayangi yang batin ( hafazan dan amalan ).

8. Syaitan akan ‘mendampingi’ anda sentiasa. Nafsu akan mengikut anda ke mana2. Suatu ketika anda mungkin akan di’peras ugut’ oleh keduanya. Iman seorang penghafaz Al-Quran juga adakala menaik dan merudum. Diibaratkan ; kalau baik , lebih baik dari Malaikat. Kalau jahat, lebih jahat dari Iblis. Itulah huffaz.

9. Maka selalulah bermohon kepada Allah. Minta dengan Allah. Jangan tinggal solat hajat. Permintaan supaya dipermudahkan hafazan dan di’benar’kan khatam hafazan Al-Quran jangan ditinggalkan. Itu antara doa wajib bagi anda sampai anda mati.

10. Jangan tinggal hubungan hati dengan Allah walaupun sedetik. Sedetik itu sangat bermanfaat bagi Syaitan untuk mengambil ruang dan kesempatan. Seorang murid pernah dihantar oleh gurunya untuk berdakwah di suatu tempat ( kisah sahabat r.a ) :

Guru bertanya : bagaimana kiranya dalam perjuanganmu kamu akan diganggu oleh nafsu dan syaitan yang akan menerkam bila2 masa sahaja? Murid menjawab : aku akan menghalaunya . aku akan sentiasa menghalaunya. Murid memahami bahawa syaitan dan nafsu adalah ujian wajib. Guru bertanya lagi : bagaimana kalau keduanya terus mengganggumu? Murid menjawab : aku akan terus melawan dan menghalaunya. Guru bertanya lagi : justeru sampai bila? Murid gagal memahami , lalu dinasihatkan oleh gurunya : Jika kamu diganggu oleh binatang buas yang akan menerkammu, beritahulah kepada tuan kepada binatang tersebut supaya tuannya boleh menghalau binatang tersebut dari terus mengganggumu. Tuan kepada kedua musuh kita hanyalah Allah. Jangan sesekali tinggalkan doa dan pergantungan kepadaNya.



Apa yang perlu diketahui dan diingati oleh seorang huffaz?

1. Al-Quran yang dihafaz adalah amanah. Anda sendiri yang ‘mencari pasal’ untuk mengambil amanah tersebut. Bagaimanapun, anda ‘mencari pasal’ yang baik. Jadi janganlah suatu masa nanti anda bukan sahaja melupakan hafazan anda , bahkan tidak mahu mengaku anda seorang huffaz!

2. Bila anda faham bahawa anda yang ‘mencari pasal’ , jadi anda kena SMI ( Sendiri Mau Ingat ) tentang hafazan anda. Ana sangat suka kepada mereka2 yang bertanya dan nampak bersungguh2 bila diutarakan topik hafazan Al-Quran.

Tapi ana sungguh2 menyampah dan kecewa bila sesetengah penghafaz Al-Quran lebih bersemangat bila menyentuh topik siasah, jamaah, program dan perkara2 lain. Bila sentuh bab Quran, diam dan ubah topik. Tidak berminat.

Bila malas iadah, beri alasan ‘tak masyi’. Macam mana nak masyi kalau malas iadah? Sama juga dengan macam mana nak kenyang kalau tak telan nasi. Mengejar perkara lain tidak salah apatah lagi soal yang lebih utama, tetapi hafazan Al-Quran telah anda kendong terlebih dahulu. Jadi berilah perhatian sewajarnya.

3. Dalam proses anda hafaz Al-Quran, anda akan diuji.

4. Anda akan semakin diuji..

5. Anda akan terus diuji..

6. Dan anda akan semakin kuat diuji..

7. Ujian yang datang kepada anda ada tahapnya. Syaitan yang berdiri di hadapan anda diibaratkan berpangkat Jeneral , bukan prebet. Semakin anda lawan , semakin anda rajin , semakin anda masyi, semakin anda istiqamah, Maka semakin tinggilah bintang di bahu Syaitan yang dihantar kepada anda.

8. Anda akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk . Samada kematian , masalah hati , wanita, duit ataupun pangkat dan kedudukan. Anda mungkin tumpas dengan salah satu , yang boleh memberi kesan besar kepada tahap motivasi dan tekad anda untuk meneruskan hafazan. Seorang sahabat ana di madrasah dahulu, kecundang waktu dah berada di juzuk 23. Alangkah sayang..

9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan ‘laknat’ diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu ‘sakit’. Jangan sedih andai tika anda ‘rebah’ tiada yang membantu, apatah lagi ‘merawat’. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..

10. Anda bukan penghafaz Al-Quran sejati kalau anda tidak pernah menangis kerana Al-Quran ( hafazan ) anda.

11. Anda perlu ingat formula ini sampai bila2. Ingat dan faham betul2. Dalam menghafaz Al-Quran anda cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : diberikan oleh Allah. Pertama anda berada dalam keadaan senang hafaz dan mudah ingat. Kedua , anda berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah hafaz dan sukar ingat.

Apa yang perlu anda faham dan tanam dalam hati? Ini penting. Fahami bahawa sebenarnya kedua2nya adalah UJIAN. Pesan Ustaz Badlishah Johan ( my murabbi ) yang tak pernah saya lupa adalah tentang ini. Orang yang senang hafaz mudah ingat , Allah nak tengok adakah dia akan bersyukur dan melazimi Al Quran . Manakala yang susah ingat Allah nak tengok samada dia benar2 ikhlas, akan terus berusaha dan istiqamah atau tidak. Atau mungkin berputus asa. Kalau yang mudah ingat pula, mungkin akan banyak lepak, banyak borak.

12. Justeru, JANGAN menangis dan menyalahkan diri anda andainya anda tidak ingat Al-Quran. TETAPI sila menangis dan salahkan diri anda kiranya anda malas , tiada istiqamah dan tidak konsisten dengan hafazan anda . Pesan Allah ta’ala dalam surah Al-Qiyamah : ” Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu dalam dada2 manusia..”

13. Terakhir, sentiasa ingat bahawa Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujjah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling ‘keras’ buat kita semua para huffaz Al-Quran ( terutama ana ).


” Allahummaj’alhu Hujjatal lana Wala Taj’alhu Hujjatan ‘Alaina Ya Rabbal ‘Alamin..”

Salam Maju Jaya Untuk Anda.

Wallahua’lam.

Tuesday, October 30, 2012

HEARTBREAK


You know that feeling. That once in a while feeling that “I’ve got this under control.” I’m on time, ticking off items on a checklist, there’s a bounce in my step, I have the right attitude, and everything’s where it’s supposed to be. Except when it’s not.
I lump all the times when life does not feel right under the category of ‘heartbreak.’ I’ve been here quite often, and the more years that go by, the more forms of it I recognize. It comes and goes, sometimes visiting for an unpleasantly long amount of time. When we face this, mothering, working, being a wife, and balancing it all with spirituality gets difficult, to say the least. One sinks into a gloom of mechanical tasks to get through, mostly lacking proper motivation or spirit.
The causes of this predicament, ‘heartbreak,’ can vary from the sting of decisions made that are too late, or life events that are out of our hands, a death or sickness of a loved one, a problem in one’s relationships or with one’s children, or a feeling of uncertainty about the future. When these heartbreaks happen we feel completely out of control. There is a shift in one’s paradigm regarding what was envisioned for the future. This, however, is a matter of perspective. We were never totally in control but allowed the feeling of relative comfort and predictability in our lives momentarily. This can be a dangerous place, because we know all too well that this is just a mirage.
For me, there have always been certain situations that have hovered over me, and everything I do. I often wonder if everyone has these challenges. Finding peace amid these situations is learned. They may never go away, but one learns to live with ghosts eventually, and how to be at peace with them.
Lately, I have been faced with sicknesses of some close friends. Particularly cancer. I feel like it was only yesterday that I said my goodbyes to a dear friend, and prayed at her janaza (funeral prayer) along side my children. Shortly thereafter, we prayed another janaza for a dear co-worker at my Islamic School. Now I come face to face with cancer in another friend. Our children played together this past summer, now here we are battling this disease together just a few weeks later.
How quickly and drastically this world can spin out of control. How easily we forget that through all of this, Allah is always there, next to us, that all of this heartbreak was meant to happen. We are supposed to learn to live with ghosts, even embrace them. They have to be there, born in our pasts and living alongside us in our present to show us that we can move on with them. To illustrate for us that we can face the unimaginable, time and time again. So that we can move on to the next challenge, even when it seems that life’s challenges won’t ever let up.
We need to prepare for the worst, but always, no matter what, expect and sincerely trust Allah and pray for the best. We need to play with our precious children, be loving spouses and dedicated workers. That’s where the hollowness and distance may threaten to set in our eyes. That’s ok and it will have to do for now. He is watching us, has prepared us well, and will not forsake us. Oh Allah, bless us and ease our burdens.
Mona Abdala
Mona is a mom of two young daughters who lives and works in NJ and is passionate about all things expressive. She is also a teacher, fine artist, and photographer.



P/S: MY HEARTBREAK ..ALLAH KNOWS ALL..FOR SURE...  DEAR LORD..LA HAWLAWALA QU WATA ILLAH BILLAHIL ALI'UL AZIM...

Tuesday, October 23, 2012

the first ten days of ZUlhijah/ Beramal pada 10 hari pertama Zulhijah

I just finished editing the Bulletin of my community and wd like to share this one article forwarded by one of the ustazss/writers. :


Persiapan beramal pada sepuluh hari pertama Zulhijjah
Kita telahpun masuk fasa pertama daripada sepuluh hari di bulan Zulhijjah, iaitu bulan kemuncak pelaksanaan ibadat haji yang menghimpunkan jutaan muslim dari seluruh pelusuk dunia di tanah suci Makkah dan Madinah, bulan Zulhijjah mempunyai keistimewaan tersendiri yang menjanjikan begitu banyak pahala agar ia mengatasi koleksi dosa yang dilakukan oleh manusia sepanjang setahun.

Sesungguhnya bagi muslim dan muslimah, terdapat banyak cara untuk mendapatkan pahala yang dijanjikan untuk diraih dengan sebaik-baiknya, ia terpulang kepada mereka sejauhmana kesungguhan untuk mendapatkannya. Justeru dalam perbincangan kali ini, beberapa persoalan mengenai sepuluh pertama Zulhijjah merangkumi pelbagai dimensi bagi meraih pahala yang diperkatakan.

Kelebihan sepuluh hari pertama Zulhijjah dan persoalan beramal padanya

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Tidak ada hari yang paling baik dilakukan amal padanya di sisi Allah daripada sepuluh hari pertama (Zulhijjah).” Para sahabat bertanya : Tidakkah berjihad pada jalan Allah lebih baik. Tegas baginda : “Walaupun berjihad pada jalan Allah, melainkan seseorang itu keluar dengan penuh ikhlas jiwa raganya dan hartanya yang tidak mengharapkan sesuatu melinkan (keredaan Allah).” Hadis riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas r.a.
Hadis berkenaan menunjukkan kelebihan sepuluh hari pertama Zulhijjah jika dibandingkan dengan hari-hari lain yang terdapat sepanjang tahun, itulah hakikatnya kerana ia telah dinyatakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. agar umat Islam berusaha untuk melakukan amalan-amalan yang mengandungi pahala yang banyak.
Amalan-amalan yang bersifat ucapan/berzikir atau perbuatan pada hari-hari tersebut akan diganjari pahala yang banyak berlipat kali ganda, kerana ia adalah musim beribadat yang baik, iaitu musim mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan mengambil peluang seluas-luasnya menambahkan ketaatan, membuktikan nikmat iman dan takwa kepada-Nya.

Tetapi apakah amalan yang dianjurkan untuk dibuat pada hari-hari tersebut?

Amal soleh itu adalah perbuatan yang mendatangkan kebaikan. Kerana sebenarnya setiap manusia itu adalah bersaudara. Adalah tugas kita untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dapat membuat saudara kita kehidupannya lebih baik, dunia dan akhirat.
Amal soleh merupakan apa sahaja amal orang Islam yang meliputi gerak hati (termasuk akal) pengucapan lisan dan perlakuan anggota tubuh badan (termasuk pancaindera) mengikut syariat islam. Amal itu dengan:

Niat yang ikhlas kerana Allah SWT..
Mengikut rukun, syarat dan cara yang betul.
Tidak dicampuri oleh perkara maksiat dan perkara-perkara yang membatalkannya atau merosakkannya.
Sesungguhnya mereka yang beramal dengan amal-amal soleh adalah golongan yang tidak rugi di dunia dan akhirat, kerana golongan ini telah disifatkan Allah dalam ayat-Nya yang terkandung dalam surah al-‘Asr maksudnya : “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Sepuluh hari pertama Zulhijjah terdapat amalan yang baik antaranya :
1-      Memperbanyakkan solat-solat sunnat (apatah lagi memohon munajat kepada Allah agar menganugerahkan kejayaan kepada anak-anak dalam menghadapi peperiksaan SPM, juga buat anak-anak yang telah menduduki peperiksaan PMR, UPSR, PSRA, SMU/SMA dan lain-lain) juga bermohon agar dijadikan Allah sebagai hamba-hambaNya yang taat dan bertakwa kepada-Nya). Bagi yang mengerjakan haji hendaklah banyak berdoa agar dianugerahkan Allah dengan haji yang mabrur, supaya pulang ke tanah air menjadi hamba Allah yang paling bertakwa di sisi-Nya. Kerana haji yang mabrur tidak ada balasan melainkan syurga, malah haji mabrur juga adalah amalan yang terbaik selain beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan Allah.

2-      Banyak bersedekah, membaca al-Quran, duduk dalam majlis-majlis fardu ‘ain, menyantuni kedua ibu bapa, menghubungkan silaturrahim, melakukan taubat Nasuha, suka menasihati orang lain, mengingatkan orang Islam perkara yang makruf dan mencegah mereka daripada melakukan yang mungkar.

3-      Banyak berzikir seperti membaca ‘Ma’thurat’, bertakbir, bertasbih dan lain-lain.

4-      Memperbanyak istighfar dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

5-      Berpuasa sunnat khususnya pada hari wukuf walaupun tidak ada dalil khusus mengenainya, malah dianggap oleh sesetengah ulama’ sebagai puasa yang amat digalakkan untuk dilakukan. Puasa tersebut menurut satu riwayat ketika Nabi ditanya mengenainya, baginda menegaskan bahawa puasa pada hari wukuf di Arafah menghapuskan dosa setahun lalu dan setahun yang akan datang. Riwayat Imam Muslim dengan derajat hadis yang Sohih.

6-      Mengerja serta menyegerakan haji dan umrah.

7-      Melakukan ibadat korban dengan tidak meringan-ringankan hukumnya. Sesungguhnya iabadat korban adalah di antara amalan yang terbaik kerana ia merupakan amalan Nabi Ibrahim a.s. dan diteruskan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. Justeru dalam satu riwayat menyabut, bahawa baginda s.a.w. ketika mentap di Madinah selama sepuluh tahun melakukannya sebanyak sepuluh kali, iaitu melakukannya pada tipa-tiap tahun. Maksud Hadis riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmizi dengan sanad yang Hasan.

8-      Menampilkan akhlak yang terbaik, bersikap renda diri, berkomunikasi dengan positif sesama manusia lebih-lebih lagi di kalangan orang-orang yang beriman.

9-      Melaksanakan syiar-syiar agama Allah, bagi muslimat dengan memakai pakaian yang benar-benar menutup aurat dan sempurna termasuk memakai tudung kepala, kerana ia adalah perintah Allah SWT, begitulah juga menjalankan tugas ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ kerana ia adalah amalan yang dilakukan sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w. sepertimana yang difirmankan Alla menerusi ayat 30 surah al-Haj : “Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya.”  Dan juga menerusi ayat 32 surah yang sama maksudnya : “Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.”
Menurut setengah pandangan ulama’, syiar-syiar agama Allah itu memberi maksud menyatakan zahir agama dalam bentuk pelaksanaan, dan Allah menjadikan kemuliaan dan penghormatan kepada syiar-syiar itu sebagai rukun takwa dan syarat menerima sesuatu amal ibadat dengan memelihara dan menghormati peraturan-peraturan yang terkandung dalam al-Quran, menghormati ulama’ menghormati dan menjaga Baitullah serta memelihara solat-solart fardu.

10- Bercakap dengan ungkapan yang berisi nasihat atau bimbingan serta beramal        soleh  merupakan pra syarat terkabul amalan di sisi Allah seperti yang ditegaskan-Nya menerusi ayat 10 surah Fatir : ‘Kepada-nya (Allah) sampai perkataan-perkataan yang baik (kalimat Tauhid) dan amal soleh disampaikan kepada-Nya.”

11-Istiqamah dalam agama dengan terus beramal dan melakukan perintah serta        meninggalkan perkara yang terlarang adalah punca amalan diterima.

12- Konsisten dalam beramal secara berterusan walaupun sedikit, ia bertepatan dengan penjelasan baginda

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud :
Sebaik-baik amalan di sisi Allah ialah yang bersifat berterusan walaupun sedikit.
Andalah sebagai hakim untuk memastikan masa depan di akhirat lebih terjamin untuk mendapatkan syafaat baginda Rasulullah s.a.w ketika ada di kalangan manusia yang tercicir namanya dalam senarai mereka yang dimasukkan dalam syurga Allah yang kekal abadi dengan segala nikmat yang membahagiakan.

Monday, September 24, 2012

Allah's visitor?

last weekend, saw me visiting few friends who'r going for haj this year..

A tremendously joy feeling...with just one wish... for Him to grant me the chance to be there in mecca with my dear hubby...keep praying..

Saw this Dr Har blog:http://drhar.blogspot.com/2012/09/nostalgia-sanggar-spiritual-drhar-hajj.html.

Hope it cd give me some in depth.. such an inspirational one... I am secretly wishing and praying....

Home school?

Had ever heard of : No child cries for no reason?

Should I or should me and my little mikhael?...

I am in doubt actually whether we wd sail through...  I ponder.... again


Oh..btw..amazingly i am writing again?..and fb'ing again?.... I miss posting actually... but had been away with things..though at the back of my mind, few things need to be written down...cant find the time?...

Entering October 2012.. but this one blog, i just love to share.. http://oldmuslimwomanintheshoe.blogspot.com
Just for a thought..Have a nice day every one....productive week ahead.

Popular post

My once most creative attempt!

My once most creative attempt!