Just a little this and that of my expressions.. Dedicated especially for my 4 angles and my little warrior.. Life is beautiful..
Wednesday, February 15, 2012
Tuesday, February 14, 2012
Salam Maal Hijrah 1433H & Salam Maulidul rasul..(Belated)
Alhamdulillah, segenap pujian ke hadrat Allah SWT kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk mengecapi setiap nikmatNya dan berjumpa lagi didalam buletin kali ini. Memasuki tahun baru Hijrah, kita amati perkataan Hijrah, yang bermaksud perpindahan (Kamus Dewan,Edisi Keempat)., Hijrah secara mudah dan ringkas adalah perpindahan daripada sesuatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.
Saban tahun kita meraikan sambutan maal hijrah. Kita mengagumi dan menghayati peristiwa hijrah Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah Ke Madinah. Lebih dari itu, kita menyusuri kisah perjuangan Baginda Rasulullah SAW, menjadikannya satu inspirasi bagi menuju kecemerlangan dan kita cuba merealisasikan konsep hijrah dalam erti kata sebenar di dalam setiap tindak tanduk perbuatan serta amalan kita, menyimpan satu hasrat untuk berhijrah dan bertekad untuk berada di dalam keadaan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.
Insya’Allah kita akan berusaha ke arah itu. Hijrah itu satu perjuangan. Hijrah juga perlu pengorbanan. Hijrah dalam mencari keredhaan Allah. Hijrah sepanjang zaman.
Bersempena ulang tahun keputeraan Baginda Rasulullah SAW, pada 12 Rabiul Awal, marilah sekali lagi, kita merenung sejenak dan mengambil iktibar dari kisah sirah (biodata/sejarah) junjungan besar nabi Muhammad SAW. Nabi terakhir yang diutus kepada sekalian alam dan contoh ikutan yang baik :Firman Allah yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (Surah At-Taubah : 24).
"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (Surah Al-Anbia : 107)
“ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” : (Surah Al-Ahzab 21).
Wishing everybody a productive days ahead....lots of good surprises....see you when I see you!
Fitnah Petunjuk Istikharah
Fitnah Petunjuk Istikharah (Via : ABU SAIF @ www.saifulislam.com)
“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:
“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”
Sepucuk emel dihantar kepada saya.
Beristighfar dan mengurut dada.
Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.
Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?
MEMBELAKANGKAN ILMU
Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.
Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.
Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:
“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”
Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.
Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH
Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.
Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:
“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”
Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.
Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.
Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.
Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.
Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda.
Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).
Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.
Ia mungkin mainan Syaitan.
“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]
KESIMPULAN
- Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
- Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
- Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
- Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
- Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
- Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
- Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
- Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
- Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
- Jauhi Bid’ah dan Syirik.
- Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
- Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
- Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
- Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
- Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.
Monday, February 13, 2012
Jodoh & Puisi Shahnon AHmad
"Jodoh memang pun disusunNya, memang pun dirancang dengan baik; samalah seperti menyusun sirih.Di mana secalit dua kapurnya. Di mana segenyeh gambirnya. Dan kalau perlu disempurnakan lagi dengan selitan sebuku cengkih, sesentil pala atau setabur gula. Ini bukan sahja untuk memperindah paduan, tetapi juga untukmengusik selera. Ada manisnya, ada pedasnya, ada masamnya. Dan, daripada ramuan itulah terjelma keindahan.."Tunggul-tunggul Gerigis - Shahnon Ahmad.
Being an adult orphanage..at times, I miss my late parents when it comes to marriage - 'many-rooms-for-improvement' ...
But the thought of 'kebergantungan hanya pada Allah'..make me feel at ease....
I am sharing of my late parents' favourites.." JOGET SIPINAG MUDA- PRAMLEE...
.How jovial !!...Indeed!!!
have a productive week ahead...to all....
I will always love you....R.I.P..Whitne* H
Much of my growing up days were spent enjoying the melodies played by the tunes....I know I love music...but I can't sing...( though I was one of my school's choir girl - 'reserved' -tested Soprano!)..
Whitne*..may she rest in peace
When I was a little girl, mum wd switched on the radio....while working on the housechores....until late afternoon when she wd dozed of for a nap...Dad wd played his favourite collections on his radiogram esp during weekends...Some were nice oldies..that until now,those melodies..those lyrics...wd lingered on my mind...ouuuhh..how nice, if they were all been examined..most probably I wd get the highest score...naaa....
And...we were lullabied to sleep in a car, whenever balik kampung time...with dad/mum's stereo collection....Malay, English, Classical, traditional..nasyid and everything...
I know I fancy soft melody...and while doing my A Levels, I cant help but , WHitne* had came into my likings..And the news of her demise, yesterday, caought my thoughts all day long...imagine, I was driving /doing some errants...radio Light&easy played her songs..back-to-back..in memory of the Diva - A legend...
I remembered watching The Oprah Show late last year...
P/s: To my 4 lovely ladies.. i am enjoying every minute being a mum..watching all of you my angles..growing up to be a woman..solehah woman.......and of coz, my little man..ur time wd come..cherish the love..cherish our life....
And here, I think one of her best...: :"I will Always love you " part of the lyrics which I admire most :
And here, I think one of her best...: :"I will Always love you " part of the lyrics which I admire most :
I hope life treats you kind,and I hope you have all you dreamed of, and I am wishing you joy and happiness, but above all this, I am wishing you love...
Whitne*..may she rest in peace
Friday, February 10, 2012
Tips cari kerja untuk anak muda
10 tips kepada anak muda yang menghantar permohonan kerja: (1) Alamatkan surat kepada seseorang dengan alamat lengkap. Tak cukup setakat, "To whom it may concern." (2) Usah gunakan surat yang sama untuk semua permohonan kerja. Tulis surat khusus untuk sesebuah organisasi; gunakan ayat pemujukan (persuasive). (3) Surat permohonan (cover letter) dan resume harus mampu menonjolkan kesesuaian anda dengan jawatan yang dipohon. (4) Lampirkan gambar yang menampilkan imej profesional (untuk jawatan eksekutif dan ke atas). (5). Elak menggunakan "tulisan dan bahasa SMS" sama ada dalam resume atau surat permohonan. (6) Letakkan nama pensyarah universiti atau majikan sebagai rujukan; bukannya kawan sebilik, atau kekasih anda. (7) Gunakan kertas putih; elakkan sama sekali kertas berwarna-warni. (8) Sekiranya anda menghantar surat melalui email, pastikan email yang anda gunakan itu memberikan imej profesional. (9) Usah tunjukkan anda terlalu desperate inginkan jawatan itu. Dan, (10) Usah telefon atau menghantar email berkali-kali bertanya mengenai status permohonan anda. Selamat mencuba!
Thursday, February 09, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular post
-
(I had recently got involved with the publishing of our small mosque bulletin..and before long, just a few intro, i wd like to share..we...
My once most creative attempt!
